Ahad, 21 Februari 2010

PROGRAM RAMAH MESRA GENERASI KE 2 FELDA TUN GHAFAR BUKIT SENGGEH

Semua Generasi Ke 2 Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh Di jemput hadir.

Bertempat : Balairaya Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh
Tarikh : 27 Februari 2010
Masa : 08.30 malam

Program diadakan bertujuan untuk :
  • membincangkan mengenai rumah generasi ke 2.
  • hala tuju Persatuan Generasi ke 2 Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh
  • dan lain-lain hal.
Anjuran :

  1. Persatuan Generasi Ke 2 Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh
  2. MBFM Tun Ghfar Bukit Senggeh
  3. Pemuda Umno Cawangan Felda Bukit Senggeh
  4. Pemuda Umno Cawangan Felda Bukit Senggeh Jaya
  5. Pemuda Umno Cawangan Felda Bukit Senggeh Bakti.

Perlawanan Persahabatan Dengan Felda Serting

Tanggal 21 Februari 2010, FTGBS telah mengadakan satu perlawanan gasing persahabatan dengan Felda Serting 1. Ini merupakan pengalaman dan perlawanan dengan pasukan luar yang pertama sejak permainan ini dihidupkan di sini. Pasukan Serting ini adalah pasukan yang berjaya menjadi naib juara dalam pertandingan gasing peringkat kebangsaan yang lepas ( Dis 2009 ).

Perlawanan persahabatan ini bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman serta mempelajari teknik-teknik permainan dan juga rupa bentuk gasing yang digunakan. Ianya satu pendedahan yang baik buat pemain untuk memikirkan cara dan teknik serta design gasing yang baik untuk digunakan dimasa akan datang.










Kelihatan Pengerusi Gasing FTGBS ( berdiri) memberi ucapan...baca teks ucapan


Bacaan doa oleh tuan bilal FTGBS sebelum menjamah selera pada jamuan petang sebelum pasukan Serting berangkat pulang.

Kejohanan Gasing Pangkah Tertutup FTGBS


Pada 31 Januari 2010 telah berlangsung satu pertandingan atau kejohanan gasing pangkah tertutup Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh. Sebanyak 5 regu iaitu 3 regu remaja/belia dan 2 regu veteran yang mengambil bahagian. Disertakan gambar-gambar yang sempat dirakam disepanjang kejohanan tersebut.







Lagi.... aksi-aksi pemain










Finalist... antara regu belia dan veteran di mana dimenangi oleh regu belia.







Ahad, 10 Januari 2010

KELAS MENGAJI


Group Iqra' sebelum ni ramai, ni dah tinggal 2 kerat jer.

Pengerusi tak sabar nak balik Selandar.. takut lalu jalan Gapis kot dah malam-malam..

Tekun mendengar dan menyemak bacaan

Selasa, 5 Januari 2010

"SELAMAT TAHUN BARU 2010"


ASSALAMMUALAIKUM................


Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2010" kepada semua warga Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh. Tahniah kami ucapkan kepada Pasukan Gasing kerana bertungkus-lumus untuk menghidupkan semula permainan tradisional warisan melayu yang semakin dilupakan oleh generasi sekarang. Pihak MBFM Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh akan cuba untuk berbincang dengan pihak FELDA, Kementerian Belia Sukan dan Kementerian Penerangan, komunikasi dan kebudayaan mengenai masalah gelanggang gasing dalam masa terdekat. Kami berharap agar aktiviti ini dapat diteruskan dan dapat menarik minat golongan belia di kawasan kita.





Gasing Lagi...


Aktiviti Membaikpulih dan Melarik Gasing


Melarik Gasing

Menampal dengan habuk kayu bahagian gasing yang rosak akibat dipangkah

Memasang "temin"

Aktiviti lumrah pada sebelah malam... repair semula gasing yang rosak

Masih Lagi Dengan Gasing..


Kali ini dipaparkan keadaan gelanggang gasing yang usang, uzur dan menyedihkan...


Baginilah keadaannya apabila hujan. Air akan bertakung di gelanggang. Namun ianya bukan
penghalang. Latihan tetap diteruskan.

Keadaan ini merumitkan pemain kerana terpaksa mengelak lecak utk terus bermain, tanah licin juga boleh mengundang bahaya seperti terjatuh.



Kawasan tempat duduk penonton.. lihatlah, kayu dah hilang entah ke mana..mungkin dah reput..manakala zink pun dah berkarat serta reput.


Jelas mencacatkan pemandangan


Isnin, 4 Januari 2010

PROJEK TANAMAN CILI

salah satu projek MBFM Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh untuk melahirkan Usahawan belia.



projek yang telah diusahakan oleh belia Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh iaitu En. Khairol Bin Mohd Taib.



inilah hasil penat lelah selama ini.



Isnin, 28 Disember 2009

Aktiviti Bermain Gasing


Baru dan masih panas. Aktiviti ini baru bermula dikalangan belia di sini. Baru lebih kurang sebulan dan setakat ini minat yang ditunjukkan amat memberansangkan. Ditambah lagi dengan sokongan dari generasi pertama dan bekas-bekas "champion" serta veteran yang bersemangat memberi tunjuk ajar kepada belia yang baru nak berjinak dengan permainan tradisional ini.


Salah satu sessi latihan perlawanan antara veteran dan belia. Sekali lagi di Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh ini dihidangkan dengan pemandangan infrastruktur yang uzur, usang dan daif.

Jurulatih ( 3 dari kiri dan bertopi) menerangkan sesuatu kepada pemain berkenaan peraturan permainan

Kelihatan pemain belia sedang memangkah gasing pemain veteran

lagi aksi memangkah

Pemain veteran tak puas hati sebab gagal mengalahkan pasukan yang sebelum ini mereka anggap anak keladi




Program Mengaji Al-Quran

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kelas mengaji Al-Quran telah di adakan pada setiap malam Selasa, Rabu dan Ahad selepas solat Isya' di surau lama Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh. Program ini telah berjalan selama lebih satu bulan dan sambutan daripada belia mula menunjukkan peningkatan. Terdapat dua sessi iaitu Iqra' dan Al-Quran dijalankan dengan diawasi oleh mereka-mereka yang berpengetahuan tinggi dalam pembacaan Al-Quran. Ramai yang telah menunjukkan minat untuk menyertai tetapi mungkin disebabkan masa mereka yang terlalu sibuk, sehingga kini minat cuma tinggal minat sahaja. Mudah-mudahan selepas ini, jumlah belia yang turut sama menyertai kelas ini semakin bertambah.