Isnin, 28 Disember 2009

Aktiviti Bermain Gasing


Baru dan masih panas. Aktiviti ini baru bermula dikalangan belia di sini. Baru lebih kurang sebulan dan setakat ini minat yang ditunjukkan amat memberansangkan. Ditambah lagi dengan sokongan dari generasi pertama dan bekas-bekas "champion" serta veteran yang bersemangat memberi tunjuk ajar kepada belia yang baru nak berjinak dengan permainan tradisional ini.


Salah satu sessi latihan perlawanan antara veteran dan belia. Sekali lagi di Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh ini dihidangkan dengan pemandangan infrastruktur yang uzur, usang dan daif.

Jurulatih ( 3 dari kiri dan bertopi) menerangkan sesuatu kepada pemain berkenaan peraturan permainan

Kelihatan pemain belia sedang memangkah gasing pemain veteran

lagi aksi memangkah

Pemain veteran tak puas hati sebab gagal mengalahkan pasukan yang sebelum ini mereka anggap anak keladi




Program Mengaji Al-Quran

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kelas mengaji Al-Quran telah di adakan pada setiap malam Selasa, Rabu dan Ahad selepas solat Isya' di surau lama Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh. Program ini telah berjalan selama lebih satu bulan dan sambutan daripada belia mula menunjukkan peningkatan. Terdapat dua sessi iaitu Iqra' dan Al-Quran dijalankan dengan diawasi oleh mereka-mereka yang berpengetahuan tinggi dalam pembacaan Al-Quran. Ramai yang telah menunjukkan minat untuk menyertai tetapi mungkin disebabkan masa mereka yang terlalu sibuk, sehingga kini minat cuma tinggal minat sahaja. Mudah-mudahan selepas ini, jumlah belia yang turut sama menyertai kelas ini semakin bertambah.

Bola Tampar


Bola Tampar merupakan salah satu aktiviti atau kegiatan petang bagi para belia di sini. Namun keadaan infrastruktur yang ada agak daif berbanding di tempat-tempat lain atau di rancangan-rancangan Felda lain yang telah pun mempunyai dewan atau gelanggang berpagar.

Jaring ikan diguna untuk mengelakkan bola dari terkena duri pagar pejabat Felda, koyak akibat tidak tahan apabila terdedah kepada cuaca disamping bola sendiri yang menjadi punca jaring bocor ( power spike)
Pallet diguna untuk mengelakkan bola dari pergi jauh atau melintas jalan. Itu pun kadang-kadang terlepas juga sebab diorang ni power-power belaka


Semak.. sebelum ni ada ler kontraktor kecil-kecilan yang tolong racun, malangnya kena marah lak dengan JKKK... orang tu nak tengok tempat ni bersih kemas, tapi JKKK tak suka.

Nak dapat pagar punya ler seksa.. JKKK pun kalau lalu buat-buat tak nampak jer...

lagi gambar gelanggang





Kini, antena pula ghaib... bukannya murah, bola, antena, jaring semuanya mahal. Bola sebiji dah cecah RM120.00 tu lom bola design baru yang harganya mencecah sehingga RM400.00. Jaring lagi, antena lagi... semua tu modal pemain-pemain yang buat donation sesama sendiri. Harap bantuan pihak-pihak berkaitan, ibarat menunggu buah yang tak gugur..


Melalui permainan ini, nama Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh telah berjaya menggegar DUN Bkt Asahan apabila berjaya menggondol kejuaraan serta tempat kedua dalam pertandingan peringkat DUN pada November 2009. Tahniah buat warga FTGBS...

Rabu, 23 Disember 2009



Persatuan belia yang baru ditubuhkan pada 02 Ogos 2009 atas nama MBFM Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh. Matlamat penubuhan adalah untuk membawa perubahan kepada agenda belia agar dapat melahirkan belia yang cergas dan cerdas disamping dapat meningkatkan daya saing serta mencegah belia dari terlibat didalam gejala sosial.

MBFM TUN GHAFAR BUKIT SENGGEH



CARTA ORGANISASI

PENGURUS :
TUAN ARSHAD BIN AHMAD

PEGAWAI PENYELARAS :
EN. KHAIRAN HAFIDZIE

PENGERUSI :
EN. ZAINIZAM BIN YUSOF

NAIB PENGERUSI 1 :
EN. MOHD HASRIN BIN HASAN

NAIB PENGERUSI 2 :
CIK MASZALIFAH BTE JUHARI

SETIAUSAHA :
EN. SULAIMAN BIN OTHMAN

NAIB SETIAUSAHA :


BENDAHARI :
EN.MUZALI BIN MOHD

AHLI JAWATANKUASA :
1. EN. HIRUDIN BIN AL-ATAS
2. EN. MARIRWAN BIN MUSA
3. EN. MUZAFAR BIN YUSOF
4. EN. SHAARI BIN SAMSIR
5. EN. MOHD HANIFF BIN IBRAHIM
6. EN. ZAIDI BIN JUSOH
7. EN. AIN BIN ABD JAMAL
8. EN. MOHD RAFI BIN ISMAIL

PEMERIKSA KIRA-KIRA :
1. EN. FAZILLI BIN AHMAD
2. EN. AZIZAN BIN MD SAL